-->
banner here
Powered by Blogger.

Kesal Barangan Dibuang, Rintihan Mangsa Banjir Ini Terhadap ‘Bantuan’ Segelintir NGO Raih Perhatian Netizen

advertise here

Bencana banjir yang menimpa beberapa lokasi di Malaysia nyata membawa memberi kesan besar buat orang ramai. Terdapat individu yang kehilangan nyawa yang tersayang serta terdapat keluarga yang terpaksa akur dengan kemusnahan akibat bencana yang menimpa.

Berdasarkan bencana yang berlaku, orang ramai terdiri daripada para sukarelawan, NGO serta pihak kerajaan tampil menghulurkan bantuan baik dari segi barangan, kewangan mahupun kudrat dalam memudahkan urusan para mangsa.


Di sebalik bantuan yang diterima, timbul pula isu di mana terdapat segelintir pihak NGO yang hadir membantu mangsa di lokasi rumah mangsa namun sedikit sebanyak ‘menyusahkan’ pihak mangsa.

Menerusi rintihan yang dikongsikan oleh TikTok @malaysiagazette, difahamkan terdapat individu daripada pihak NGO yang memilih untuk membuang barangan mangsa banjir terdiri daripada pakaian, periuk dan belanga kerana dianggap sampah.

Tambahnya lagi, beliau mengakui seoalah dianiaya apabila terdapat NGO yang hadir membantu namun dalam masa yang sama merosakkan barang beliau dengan membuang barangan tersebut tanpa pengetahuan beliau.

Insiden yang berlaku telah membuat wanita ini memilih untuk mengemas seorang diri serta menghalang sekiranya terdapat NGO mahu membantu beliau kerana khuatir situasi yang sama berulang lagi. Rintihan yang dibuat nampaknya turut mendapat perhatian netizen yang simpati dengan keadaan menimpa wanita ini.

Melihat kepada situasi berlaku, diharap insiden ini tidak lagi berulang kerana bukan sahaja membuatkan mangsa terpaksa berbelanja lebih dalam membeli barangan keperluan, malah mungkin memberi kesan kepada emosi mangsa sekiranya barangan yang mempunyai nilai sentimental bagi pihak mangsa dibuang.

Sumber: Vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih.