Kuala Lumpur Dipilih Sebagai Bandar Terbaik Untuk Warga Asing Bekerja


Kuala Lumpur mempunyai pelbagai kemudahan yang boleh dinikmati untuk warga asing atau kumpulan ekspatriat yang memilih untuk tinggal di sini. Perumahan yang mampu milik, gaji yang lumayan dan pelbagai kemudahan yang disediakan telah menjadikan Kuala Kumpur tempat pertama yang sesuai untuk diduduki oleh ekspatriat.

Dalam kaji selidik yang dijalankan oleh InterNation dan dilaporkan oleh MalayMail, temubual dengan 12,000 ekspatriat di 186 negara, antara faktor yang menyumbang kepada kesimpulan tersebut adalah kemudahan mencari tempat tinggal, bertemu rakan, kos sara hidup, kualiti pengangkutan awam, sistem penjagaan kesihatan, kestabilan politik dan iklim.

Asia dan Timur Tengah menguasai senarai yang dikeluarkan oleh InterNation, dengan Kuala Lumpur berada di kedudukan pertama, Singapura (ke-5), Ho Chi Minh City di Vietnam (ke-6), Bangkok di Thailand (ke-11), Shanghai di China (ke-13) adalah antara pilihan utama para ekspatriat.

Di Timur Tengah, Dubai (Emiriah Arab Bersatu), Doha (Qatar), Abu Dhabi (Emiriah Arab Bersatu) dan Muscat (Oman) adalah antara bandar yang dipilih oleh warga asing untuk tinggal dan bekerja.

Bagi mereka yang berfikir untuk berpindah ke negara Eropah, kedudukan ini mungkin sedikit sebanyak memberi kesan kepada pilihan anda. Dilaporkan bahawa hanya Sepanyol mempunyai potensi untuk warga asing berhijrah dan menikmati kemudahan di sana dengan beberapa bandar dalam carta — Malaga (ke-2), Madrid (ke-10) Barcelona (ke-29). Dalam sepuluh teratas, hanya dua bandar di Eropah diletakkan sebagai pilihan yang baik: Prague (ke-7) di Republik Czech dan Basel (ke-9) di Switzerland.

Berikut ialah 10 destinasi ekspatriat terbaik:

1. Kuala Lumpur (Malaysia)

2. Malaga (Sepanyol)

3. Dubai (Emiriah Arab Bersatu)

4. Sydney (Australia)

5. Singapura

6. Bandar Ho Chi Minh (Vietnam)

7. Prague (Republik Czech)

8. Mexico City (Mexico)

9. Basel (Switzerland)

10. Madrid (Sepanyol)

Sumber: The vocket

Rata-rata netizen berasa bimbang akan keselamatan wanita tersebut bersama anak-anaknya. Malah, para netizen juga berasa kasihan kepada anak-anak tersebut kerana perlu berdepan perkara tersebut dan hal itu dikhuatiri akan membuatkan mereka trauma.

Para netizen turut menasihati wanita itu agar membuat laporan polis demi keselamatannya dan anak-anak. Rata-rata netizen juga berharap wanita itu akan dilindungi daripada sebarang bentuk ancaman.

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih.