-->
banner here
Powered by Blogger.

Polis Geleng Kepala Sebelum Kejar Penunggang Motosikal Langgar Lampu Merah

advertise here


Segelintir penunggang 
motosikal sering kali dilihat melanggar lampu isyarat apabila keadaan sekeliling nampak ‘selamat’ untuk melakukan kesalahan tersebut.

Satu rakaman dashcam daripada seorang penunggang motosikal menjadi bualan ramai apabila video tersebut menunjukkan seorang penunggang motosikal lain dikejar polis dari belakang setelah dia melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat merah.


Semasa penunggang motosikal itu telah bergerak sedikit melanggar lampu isyarat merah, polis tersebut telah membunyikan hon sebagai ‘tanda peringatan’ agar penunggang motosikal itu tidak meneruskan niatnnya.

Namun, penunggang motosikal itu seperti tidak mengendahkan peringatan polis tersebut dan terus melanggar lampu isyarat merah. Semasa polis mahu mengejar penunggang motosikal degil itu, kelihatan polis itu menggelengkan kepala atas tindakan pengguna jalan raya tersebut.

Rata-rata orang ramai menyatakan sekiranya penunggang motosikal tersebut bersabar beberapa saat sahaja, sudah pasti dia tidak akan ditahan oleh polis yang kebetulan berada di situ.

Kata netizen lagi, andaikata penunggang itu terus memberhentikan motosikalnya setelah mendengar bunyi hon, sudah pasti dia tidak akan menerima apa-apa saman pada masa kejadian.

Patuhilah undang-undang jalan raya walaupun jalan yang kita lalu ‘nampak’ selamat untuk melanggar lampu merah kerana dari satu kesalahan yang dibuat akan menjadi satu kebiasaan atau tabiat yang tidak baik pula.

Sumber: The vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih.