Salah Guna Lampu Strob Dan Memotong Secara Berbahaya, Netizen Mahu Pemandu Ini Diambil Tindakan


Umum ramai yang mengetahui orang awam dilarang sama sekali untuk menggunakan 
lampu strob walau apa jua pun alasan diberikan dan ia merupakan satu kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pada hari semalam seorang lelaki terserempak dengan seorang pemandu Mazda CX-5 telah menyalahgunakan lampu strob untuk mengelak kesesakan lalu lintas di kawasan Alam Damai, Kuala Lumpur.


Selepas menyalakan lampu strob, pemandu Mazda itu memotong barisan dan memandu ke arah berlawanan walaupun di hadapannya mempunyai kenderaan lain yang sedang memandu di lorong terbabit.

Tindakkan berbahaya itu mengundang perasaan tidak puas hati di kalangan netizen kerana pemandu tersebut membuat dua kesalahan serentak seperti yang terakam pada rakaman video dashcam yang sedang tular di media sosial.


Orang ramai meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana orang awam yang menggunakan lampu strob pada kenderaan mereka kerana ia mengelirukan pengguna jalan raya lain serta boleh menyebabkan pihak tidak bertanggungjawab berpeluang melakukan kegiatan jenayah dengan menyamar sebagai pihak berkuasa.

Netizen juga dilihat telah tag beberapa akaun rasmi pihak berkuasa pada hantaran asal video dashcam tersebut supaya dapat menahan dan segera mengenakan tindakan undang-undang kepada pemandu Mazda itu.

Pada masa yang sama, orang ramai meminta pihak berkuasa untuk segera memantau dan mengambil tindakan terhadap kedai aksesori serta akaun-akaun e-dagang di platform Shopee dan Lazada yang menawarkan jualan lampu strob ini.

Sumber: The vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih.