Semak Status BKM Fasa 2: Tarikh & Jumlah Bayaran Tambahan (TERKINI)

BKM FASA 2 : TARIKH & JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA BAGI SETIAP KATEGORI

Seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Kewangan, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM Fasa 1) telahpun dikreditkan kepada penerima yang layak mulai 28 Mac 2022.

Berikut dikongsikan pula jumlah bayaran dan tarikh pengkreditan BKM Fasa 2 tidak lama lagi.

Tarikh Bayaran BKM Fasa 2

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia akan dilaksanakan 4 kali setahun.

FASA 1

Tarikh pembayaran adalah pada Mac 2022.

FASA 2

TERKINI : Tarikh pembayaran adalah pada 27 Jun 2022 berserta BKM Tambahan RM100-RM50

FASA 3

Tarikh pembayaran adalah pada September 2022.

FASA 4

Tarikh pembayaran adalah pada Disember 2022.

Jumlah Bayaran BKM Fasa 2

Jumlah bayaran BKM Fasa 2 adalah antara RM100 hingga RM500 bagi kategori yang layak *selepas menerima BKM Tambahan.

Sila rujuk jumlah bayaran terperinci mengikut kategori kelayakan seperti berikut:

A) Kategori Isi Rumah (Berkahwin) – 59 tahun dan ke bawah 

  • Pendapatan Isi Rumah RM 2500 ke bawah:
    • 0 anak : RM300
    • 1-2 anak : RM400
    • 3 anak dan lebih : RM500
  • Pendapatan Isi Rumah RM 2500 – RM5000 :
    • 0 anak : RM200
    • 1-2 anak : RM200
    • 3 anak dan lebih : RM200

B) Kategori Isi Rumah (Berkahwin) – 60 tahun dan ke atas

  • Pendapatan Isi Rumah RM 2500 ke bawah:
    • 0 anak : RM300
    • 1-2 anak : RM400
    • 3 anak dan lebih : RM500
  • Pendapatan Isi Rumah RM 2500 – RM5000 :
    • 0 anak : RM200
    • 1-2 anak : RM200
    • 3 anak dan lebih : RM200

C) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak)

  • Pendapatan Isi Rumah RM 2500 – RM5000 :
    • 1-2 anak : RM400
    • 3 anak dan lebih : RM500
  • Pendapatan Isi Rumah RM 2500 – RM5000 :
    • 1-2 anak : RM200
    • 3 anak dan lebih : RM200

D) Kategori Bujang & Ibu Bapa Tunggal Tidak Mempunyai Anak – 59 tahun ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah RM 2500 – RM5000 :
    • RM50

E) Kategori Bujang & Ibu Bapa Tunggal Tidak Mempunyai Anak – 60 tahun dan ke atas

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM5000 :
    • RM200

Cara Semak Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022)

  1. Layari https://bkm.hasil.gov.my/
  2. Klik Log Masuk
  3. Setelah berjaya log masuk, klik Semakan Status.
  4. Masukkan No. MyKad dan klik Semak. Isikan semua maklumat bertanda *
  5. Klik Teruskan
  6. Isi Kod Captcha dan klik Sahkan Captcha
  7. Tandakan Perakuan Pemohon Berkenaan
  8. Klik Butang Hantar bagi meneruskan permohonan
  9. Setelah permohonan berjaya dihantar, klik butang Cetak untuk simpan rekod permohonan

Rujuk langkah bergambar di bawah:

Boleh tekan peti mel jika nak tengok maklumat pembayaran seperti di bawah:


Cara Penyaluran Bayaran

Bayaran akan dikreditkan secara berperingkat melalui akaun bank yang didaftarkan, sebagaimana sebelum ini.

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, termasuk di Sabah & Sarawak, anda boleh menerima bayaran melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Sila rujuk notis tuntutan pembayaran oleh BSN dalam lampiran di bawah:

Maklumat Lanjut

Untuk info terkini dan maklumat penuh tentang Bantuan Keluarga Malaysia, sila rujuk laman web rasmi BKM di pautan berikut:

https://bkm.hasil.gov.my