Permohonan Bantuan Baiki Rumah Setiap Negeri Di Malaysia 2022 | Mohon Sekarang


Untuk makluman, Kerajaan telah mengadakan satu Program Bantuan Baiki Rumah di setiap negeri yang terdapat di Malaysia ini.

 

Program bantuan ini diwujudkan adalah untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar dengan menyediakan kemudahan asas dan kediaman yang selesa tanpa mengira latarbelakang agar mereka mendapat sebuah harapan baru dalam menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.

 

Berikut dikongsikan beberapa info mengenai Bantuan Baiki Rumah setiap negeri di Malaysia ini.

 

Kadar Bantuan Baiki Rumah

 

Jumlah bantuan ini adalah tertakluk kepada bantuan kewangan negeri masing-masing.

 

Syarat Kelayakan Baiki Rumah

 

Berikut adalah syarat kelayakan baiki rumah di setiap negeri :

 

1.      Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa.

2.      Kriteria kumpulan sasar penerima bantuan PPRT yang LAYAK adalah seperti berikut:

3.      disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau

4.      diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau

5.      diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau

6.      diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian

 

Nota : Bagi syarat-syarat khusus adalah tertakluk kepada bantuan yang ditawarkan di negeri tersebut.

 

Keutamaan Diberikan

 

Selain memenuhi ciri-ciri kelayakan yang dinyatakan, turut diberikan keutamaan bantuan kepada :

 

1.      warga emas;

2.      orang kurang upaya (OKU);

3.      ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai;

4.      mangsa bencana yang berskala kecil; dan

5.      Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan yang tegar

 

Permohonan Bantuan Baiki Rumah

 

Berikut adalah laman sesawang permohonan bantuan baiki rumah bagi setiap negeri di Malaysia Sila Klik Nama Negeri:

 

·        WP Kuala Lumpur

·        Perlis

·        Pulau Pinang

·        Perak

·        Kedah

·        Selangor

·        Melaka

·        Kelantan

·        Terengganu

·        Pahang

·        Negeri Sembilan

·        Johor

·        Sarawak

·        Sabah

 

Maklumat Lanjut

 

Untuk keterangan dan maklumat lebih lanjut mengenai bantuan baiki rumah ini, sila layari laman rasmi negeri masing-masing.


*Refresh sekiranya banyak iklan keluar
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan