Senarai Bantuan Kerajaan Bagi Bulan Ogos 2022 | Semak Sekarang

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan.

Oleh itu, berikut adalah senarai bantuan kerajaan yang akan dilaksanakan pada bulan Ogos 2022: –


Program Peranti Siswa Fasa ke-2

Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah sebuah inisiatif untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kategori keluarga B40.

Bagi permohonan program ini bagi Fasa ke-2, ia akan dibuka bermula pada 01 Ogos 2022 sehingga 30 September 2022. Permohonan boleh dikemukakan di Sistem Permohonan PerantiSiswa – DI SINI.


Bantuan-bantuan Bulanan JKM

Bagi mereka yang telah diluluskan permohonan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pembayarannya akan dilaksanakan dari 01 hingga 10 Ogos 2022. Antara bantuan-bantuan yang terlibat adalah seperti Bantuan Kanak-Kanak (BKK), Bantuan Anak Pelihara (BAP), Bantuan Am Persekutuan, Bantuan Warga Emas (BWE) dan sebagainya.

Jumlah bayaran pula adalah antara RM100 hingga RM1,000 mengikut ketetapan setiap skim bantuan. Untuk senarai penuh bantuan-bantuan bulanan JKM, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi JKM - DI SINI.


Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

BMT adalah bantuan kewangan sebanyak RM600 yang dibayar secara dua fasa (RM300 setiap fasa) oleh RISDA kepada mereka yang berkelayakan. Permohonan BMT masih dibuka dan akan ditutup pada 15 September 2022.

Maklumat lanjut berkenaan BMT boleh dirujuk di Portal Rasmi RISDA atau DI SINI.


Bantuan Bil Air Percuma

Skim Air Darul Ehsan (SADE) adalah sebuah program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor. Melalui inisiatif ini, mereka yang berkelayakan boleh menerima manfaat 20 meter padu air percuma.

Permohonan SADE dibuka sepanjang tahun sehingga tahun 2024. Maklumat lanjut berkenaan SADE boleh dirujuk di Portal Air Selangor – DI SINI.