Serendah RM59/bulan Celcom Pasang Terus, tawar pemasangan jalur lebar tetap hari yang sama di Sabah


Warga Sabah boleh mendapatkan pemasangan internet jalur lebar dengan segeara, apabila Celcom melancarkan kempen ‘Pasang Terus‘. Dengan kempen ini, pelanggan Celcom di kawasan terpilih di Sabah boleh mendapat pemasangan Celcom Home Fibre pada hari yang sama, tanpa perlu membuat janji temu.

Celcom juga menawarkan promosi menarik. Pelanggan boleh menggabungkan pelan Celcom Home Fibre bersama pelan pascabayar Celcom Xpax dan membayar dari serendah RM119 sahaja. Terdapat juga rebat sehingga 3 bulan untuk pelan terpilih.


Menariknya, Celcom menawarkan pelan 200Mbps pada harga RM120/bulan. Atau gabungkan dengan pelan pascabayar Xpax pada harga RM180/bulan sahaja. Semua pelan Celcom Home Fibre datang bersama Router AX WiFi 6 percuma. WiFi Mesh pula diberikan percuma untuk pelan 500Mbps dan 1Gbps.

Bagi memudahkan mereka yang berminat untuk mendapat pelan ini, Celcom akan menggerakkan Trak Bluecube Celcom di beberapa kawasan perumahan di Sabah. Di sini, pendaftaran pelan Celcom Home Fibre boleh dilakukan dan pemasangan dapat dibuat pada hari yang sama juga.


Daftar Sekarang